Don Kisot oleh Miguel De Cervantes
Cerita Don Kisot di petik dari novel Don Quixote de la Macha. Buku ini diringkaskan oleh A.S Hornby dan diterjemahkan oleh Mahda Bahaman. Cerita Don Kisot ini, di tulis oleh Cervantes semasa beliau berada di dalam penjara kerana di tuduh menyeleweng wang cukai. Cerita ini menjadi terkenal di Sepanyol pada era 1600-an. Don kisot, mengisahkan cerita sorang lelaki yang bernama Alonso Quijano yang suka membaca buku-buku pengembaraan romantis dan fantasi Kesatria. Kesukaan beliau terhadap buku-buku menyebabkan fikiran dan tindakan beliau dipengaruhi oleh buku-buku tersebut dan beliau percaya, beliau juga adalah merupakan seorang kesatria yang gagah dan mempunyai tugas untuk mengembara dan mencari kegemilangan. Beliau telah menggelarkan diri beliau dengan nama Don Kisot de la Macha. Dengan berpakaian seperti kesatria, beliau telah keluar mengembara bersama dengan kuda beliau yang diberi nama Rozinante berserta sorang pembantu iaitu Sancho. Di dalam pengembaraan ini, beliau mengala