Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 23, 2019

This Is Paradise, My North Korean Childhood oleh Hyok Kang

Imej
Buku ini merupakan sebuah autobiografi yang menceritakan pegalaman zaman kanak-kanak penulis di Onsong,Korea Utara dalam tahun 80-an dan 90-an. Penulis dilahirkan pada tahun 1986 dan dibesarkan di kawasan yang dipanggil Onsong. Onsong adalah sebuah bandar yang mempunyai 300,000 orang penduduk. Korea Utara pada waktu itu dibawah pimpinan Kim Il-Sung yang kemudiaannya kim Jong-Il. Penulis melarikan diri ke China pada tahun 1998 yang kemudiannya bergerak ke Korea Selatan melalui Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand. Apa yang penulis ingin sampaikan di dalam buku ini adalah berkenaan dengan kehidupan di Onsong Korea Utara di mana tempat beliau tinggal. Onsong adalah bandar yang terletak di Sempadan China dan Siberia, Russia. Penulis cuba membawa pembaca kepada kehidupan beliau di sana dengan menceritakan tentang sistem politik, sosial masyarakat dan keadaan ekonomi di Onsong pada ketika itu. Setiap rakyat Korea Utara perlu taat kepada Pemimpin tertinggi. Apa-apa aktiviti yang in

We are Muslim, Please oleh Zaiba Malik

Imej
Sebuah buku tentang konflik. Sebuah buku berkenaan dengan mencari jati diri.  Buku "We Are Muslim, Please" ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis berketurunan Pakistan, dilahirkan dan dibesarkan di Bradford, England. Beliau bekerja sebagai "journalist" untuk BBC dan Channel 4. Beliau pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh kerana dituduh menjadi mata-mata untuk kerajaan India, ajen kepada Yahudi dan pengkhianat kepada umat islam ketika beliau membuat liputan di Bangladesh. Di dalam buku ini, beliau menceritakan tentang pengalaman beliau yang dibesarkan di dalam keluarga pendatang yang beragama Islam. Beliau menceritakan bagaimana cara beliau di didik oleh ayah beliau yang berpegang teguh pada ajaran Islam.  Beliau juga menceritakan tentang penerimaan masyarakat atau penduduk tempatan terhadap imigrant dan tomahan yang diterima. Beliau juga menceritakan tentang konflik yang berlaku di dalam diri beliau. Konflik untuk memilih &