Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 30, 2019

Nan-Core oleh Mahokaru Numata

Imej
Nan-Core adalah merupakan sebuah buku yang tentang Ryosuke yang secara tidak sengaja telah menjumpai "Journal"di dalam bilik tidur ayahnya. Paling mengejutkan adalah kandungan "Journal" itu yang merupakan sebuah diari ibu kandung Ryosuke. "Journal" itu menceritakan tentang ibu kandung Ryosuke yang mempunyai keinginan yang pelik, iaitu suka melihat pada kematian yang akan membuatkan ibunya merasa amat teruja. Penceritaan buku ini adalah lebih kepada perhubungan keluarga, percintaan, pembunuhan dan mencari kebenaran.  Maksud bagi Nan-Core di dalam buku ini adalah merupakan keinginan atau idaman untuk mencapai sesuatu.

Science And Islam oleh Ehsan Masood

Imej
Buku ini adalah sebuah buku yang membincangkan tentang sejarah kemajuan umat Islam dari era pemerintahan khalifah sehingga ke era pemerintahan dinasti-dinasti Islam yang lain. Walaupun buku ini agak ringkas penulisannya terhadap sesuatu perkara, tetapi ia dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada kita tentang perkembangan ilmu di dalam tamadun Islam.  Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian selain dari bahagian pengenalan tentang "The Dark Age Myth" iaitu: Bahagian I : The Islamic Quest. Bahagian II: Branches of Learning. Bahagian III : Second Thought. Perkataan "science" di dalam konteks dunia moden adalah membawa maksud "satu pembelajaran atau kajian yang sistematik kepada alam dengan menggunakan kaedah pemerhatian, experimen, pengukuran, dan "Verification".  Perkataan "science" adalah berasal dari perkataan Latin iaitu "scientia" yang bermaksud "to know". Di dalam manuskrip Arab Islam perkataan untuk m