Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 19, 2020

Punk, Penentangan Dan Politik Transnasionalisme

Imej
Punk yang merupakan satu sub-budaya yang menjadi ikutan anak-anak muda yang inginkan kelainan dari budaya yang dominan. Bermula di New York pada zaman 1970-an   yang pada asalnya adalah lebih kepada muzik bawah tanah yang kemudiannya berkembang menjadi sub-budaya yang tersebar di serata dunia. Punk berkembang apabila ia memasuki Great Britain. Di sini Punk dilihat bukan sekadar muzik dan fesyen sahaja, tetapi telah menjadi satu budaya yang menjadi ikutan dan amalan kepada sesetengah masyarakat. Di Malaysia, kedua-dua muzik dan fesyen Punk telah mendapat tempat dikalangan anak muda semenjak awal tahun 1980-an.   Ramai yang beranggapan bahawa istilah Punk adalah kependekan bagi “Public United National Kingdom”. Namun, tiada siapa pun dapat mengesahkannya. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab yang menerangkan latar belakang sejarah sub-budaya dan idea-idea yang terkandung didalamnya. Konsep dan fahaman di dalam komuniti punk juga dibincangkan di dalam buku ini yang meran