Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2019

No God But God oleh Reza Aslan

Imej
Buku "No God but God" adalah buku yang membincangkan tentang sejarah dan perkembangan Islam: bermula dari tanah Arab sebelum kedatangan Islam sehingga kepada perkembangan dan masa depan Islam. Buku ini boleh dikatakan membincangkan tentang sejarah dan perkembangan Islam secara menyeluruh yang meliputi politik, ekonomi, sosial dan konflik-konflik yang dihadapi oleh Islam. Buku ini juga menerangkan sejarah dan biodata Nabi Muhammad S.A.W, susur galur Sunni dan Shia, zaman pemerintahan selepas Nabi Muhammad S.A.W, Sufinism, Islam dan Demokrasi, undang-undang Islam dan perkembangan Islam pada masa depan. Bagi pembaca yang ingin mengetahui sejarah Islam secara kronologi, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan. Rating buku: 4.8/5