Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 26, 2020

I Was Kamikaze oleh Ryuji Nagatsuka

Imej
Kamikaze membawa maksud "Divine Wind" atau tuhan angin. Nama Kamikaze ini pada asalnya diberikan kepada taufan yang melanda Jepun pada abad ke-13 yang memusnahkan kapal tentera Mongol dan menyelamatkan Jepun dari dijajah. Sewaktu perang dunia ke-2, taktik perang Kamikaze ini digunakan untuk memusnahkan atau melumpuhkan angkatan laut Amerika Syarikat. Dianggarkan lebih kurang 3,800 orang pejuang Kamikaze terkorban sepanjang perang dunia ke-2 dan lebih dari 7000 tertera laut terbunuh akibat dari serangan ini. Berlatarbelakangkan pada penghujung perang dunia ke-2, buku "I Was Kamikaze"ini menceritakan tentang kisah penulis iaitu Ryuji Nagatsuka yang merupakan seorang "Cadet Pilot" bagi tentera udara Jepun sewaktu perang dunia ke-2. Beliau merupakan salah seorang juruterbang yang terlibat di dalam serangan Kamikaze ini. Beliau telah ditugaskan untuk menyerang angkatan tentera laut Amerika Syarikat di Perairan Miyagui. Tetapi beliau tidak sempat menjalanka