Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 9, 2019

The Man's Search For Meaning oleh Viktor E. Frankl

Imej
Sebuah buku bertemakan psikologi, "Man's search for meaning" adalah merupakan sebuah "masterpiece" dari Viktor Frankl. Membaca buku ini memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang prinsip "logotherapy" yang diperkenalkan oleh Viktor Frankl sendiri. Buku ini juga boleh dikatakan sebuah "memoir" kepada Frankl ketika beliau berada di dalam kem tahanan sewaktu perang dunia ke-2. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, Frankl menceritakan pengalaman ketika berada di dalam kem tahanan. Bagaimana keadaan kem tahanan dan bagaiman keadaan tahanan dari sudut psikologi. Frankl menerangkan keadaan tahanan di dalam kem dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa satu adalah merupakan fasa kejutan iaitu fasa mula-mula tahanan di tahan di kem. Fasa kedua adalah merupakan fasa penyesuaian di dalam kem dan fasa ketiga fasa selepas pembebasan. Di dalam bahagian kedua, Frankl membincangkan berkenaan dengan prinsip "logotherapy". Prinsip