The Man's Search For Meaning oleh Viktor E. Frankl



Sebuah buku bertemakan psikologi, "Man's search for meaning" adalah merupakan sebuah "masterpiece" dari Viktor Frankl. Membaca buku ini memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang prinsip "logotherapy" yang diperkenalkan oleh Viktor Frankl sendiri.
Buku ini juga boleh dikatakan sebuah "memoir" kepada Frankl ketika beliau berada di dalam kem tahanan sewaktu perang dunia ke-2.
Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama, Frankl menceritakan pengalaman ketika berada di dalam kem tahanan. Bagaimana keadaan kem tahanan dan bagaiman keadaan tahanan dari sudut psikologi. Frankl menerangkan keadaan tahanan di dalam kem dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa satu adalah merupakan fasa kejutan iaitu fasa mula-mula tahanan di tahan di kem. Fasa kedua adalah merupakan fasa penyesuaian di dalam kem dan fasa ketiga fasa selepas pembebasan.
Di dalam bahagian kedua, Frankl membincangkan berkenaan dengan prinsip "logotherapy". Prinsip yang merupakan berkenaan dengan mencari makna di dalam kehidupan, berkenaan dengan apa yang menggerakkan manusia ke arah itu. Dalam bahagian ketiga, adalah merupakan contoh-contoh kes yang berkaitan dengan prinsip "logotherapy.
Bagi yang meminati buku yang berkenaan dengan psikologi, buku ini sesuai itu dibaca dan dijadikan rujukan. Buku ini mudah difahami kerana ia bermula dengan penceritaan pengalaman yang dialami oleh Frankl sendiri yang kemudiannya diteruskan dengan prinsip-prinsip psikologi yang menekan kepada prinsip "logotherapy". Selain itu Frankl juga menghubungkan prinsip "logotherapy" dengan prinsip psikologi yang lain iaitu Freud, Alport dan Adler.
Dari pemahaman pembacaan, apa yang ingin disampaikan oleh Frankl adalah berkenaan dengan tujuan hidup dengan memberi penekanan kepada kenapa kita wujud, kenapa kita perlu meneruskan kehidupan, kenapa kita perlu mencari sesuatu yang bermakna di dalam kehidupan dan membantu orang lain mencari makna di dalam kehidupan dalam erti kata lain mencari kegembiraan.
========================================================================
Rating: 4.8/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman