Science And Islam oleh Ehsan Masood




Buku ini adalah sebuah buku yang membincangkan tentang sejarah kemajuan umat Islam dari era pemerintahan khalifah sehingga ke era pemerintahan dinasti-dinasti Islam yang lain. Walaupun buku ini agak ringkas penulisannya terhadap sesuatu perkara, tetapi ia dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada kita tentang perkembangan ilmu di dalam tamadun Islam. 

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian selain dari bahagian pengenalan tentang "The Dark Age Myth" iaitu:
Bahagian I : The Islamic Quest.
Bahagian II: Branches of Learning.
Bahagian III : Second Thought.

Perkataan "science" di dalam konteks dunia moden adalah membawa maksud "satu pembelajaran atau kajian yang sistematik kepada alam dengan menggunakan kaedah pemerhatian, experimen, pengukuran, dan "Verification". 
Perkataan "science" adalah berasal dari perkataan Latin iaitu "scientia" yang bermaksud "to know". Di dalam manuskrip Arab Islam perkataan untuk mengambarkan "science" pada hari ini adalah "ilm" ( plural, Uloom). Perkataan"ilm" bermaksud pengetahuan tentang agama dan hal-hal lain. Bagi saintis di dalam empayar Turki Uthmaniah pula, perkataan yang digunakan untuk menggambarkan "science" adalah "fen" (plural, funoon) yang membawa maksud "tools and techniques".

Apa yang ingin dibincangkan di dalam buku ini adalah kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam yang menjadi perintis kepada kemajuan-kemajuan tamadun yang berikutnya. 
Dimulakan dengan penceritaan tentang "The Dark Ages Myth" yang melanda masyarat eropah selepas kejatuhan kerajaan Rome hingga ke era "Renaissance". Pada era "Dark Ages" ini ramai yang beranggapan bahawa pengkajian tentang ilmu pengetahuan tidak berlaku atau terhenti. Ramai yang tidak menyedari pada waktu ini, kerajaan-kerajaan atau ketamadunan Islam telah muncul. Pada era ini telah muncul ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibnu Al-Nafis yang telah menemui "Pulmonary Circulation pada abad ke-13. Abbas Ibnu Firnas telah menjadi perintis kepada ilmu penerbangan sebelum Leonardo Da Vincci melakarnya. Sementara itu di Kufa, Iraq Jabir Ibnu Hayyan, yang dikenali sebagai "Geber" di didalam bahasa Latin telah menjadi perintis kepada ilmu kima 900 tahun sebelum Boyle. Ilmuan-ilmuan Islam ini telah menjadi perintis kepada cabang-cabang ilmu yang ada pada hari ini. 

Buku ini juga menerangkan tentang sejarah  Timur Tengah iaitu sejarah tanah Arab. Ia menceritakan tentang kerajaan di tanah Arab pada abab ke-7 yang terdiri dari kerajaan Zoroastrian Persia di bahagian timur dan Christian Byzantiun di bahagian barat. Selepas itu, ia menceritakan tentang sejarah Nabi Muhammad S.A.W, sehingga kepada kemunculan agama Islam dan perkembangan Islam selepas Baginda Wafat. Selain itu diselitkan juga tentang sejarah berkenaan dengan Ka'bah dan berkenaan dengan zaman Khalifah selepas Nabi. Permulaan Empayar Islam adalah pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib.  Bermula dari sini, agama Islam telah berkembang ke seluruh Dunia. Selepas era pemerintahan Khalifah, muncul pula empayar-empayar Islam seperti Umayad,Abbasid dan Andalusia. Buku ini juga menyelitkan penceritaan tentang kronologi kemunculan empayar-empayar Islam.

Melalui perkembangan empayar-empayar Islam ini, muncul tokoh ilmuan yang unggul seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Al-khwarizmi, Jabir Ibnu Hayyan, Ishaq Ibnu Hunayn, Al-Farabi, Ibnu Firnas, Ibnu Batutta, Ibnu Khaldun dan ramai lagi ilmuan-ilmuan yang mempelopori bidang ilmu masing-masing. Buku ini juga menceritakan berkenaan dengan sumbangan tokoh-tokoh ilmuan Islam kepada dunia. 
Seterusnya buku ini membincang tentang sumbagan ilmuan Islam selepas abab ke-16 dimana ia sudah banyak dipelopori oleh ilmuan-ilmuan barat. Berikutnya buku ini membincangkan perkembangan ilmu di negara-negara Islam pada era moden.
Buku ini secara keseluruhanya boleh memberi input kepada kita tentang sejarah perkembang dunia Islam yang memberi fokus kepada bidang sains: perubatan, matamatik dan Astonomi.

Rating: 4.0/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman