Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad


Sebuah buku tentang falsafah di dalam kehidupan. Sebuah buku menceritakan tentang prinsip kehidupan. Sebuah buku yang banyak memberi pengajaran yang bermakna. Sebuah buku yang berkisarkan prinsip-prinsip kehidupan.
Mengisahkan Bitar yang merupakan pejuang kemerdekaan dan bekas wakil rakyat pada era 70-an. Bitar mempunyai 4 orang anak iaitu Jasdi yang merupakan seorang guru, Fakrul yang berkhidmat sebagai pembantu takbir, Zaidah yang berkecimpung didalam bidang penulisan dan Zain yang berkerja sebagai tukang gunting. Bitar banyak menerapkan prinsip-prinsip pegangan hidup yang selaras dengan kehendak atau tuntutan agama kepada anak-anak beliau. Apa yang menjadi teras kepada didikan Bitar kepada anak-anaknya adalah prinsip dan tujuan hidup. Walaupun setiap kerjaya anak-anak beliau berbeza, tetapi prinsip dan tujuan hidup adalah sama.
Buku ini juga, membincangkan tentang kepincangan di dalam politik dan isu-isu sosial masyarakat yang masih berlaku pada zaman ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman