Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said


Sebuah buku yang berkisarkan kepada cita-cita dan matlamat. Sebuah buku tentang perjuangan memertabatkan satu cabang ilmu iaitu Taksonomi yang memberi fokus kepada serangga.
"Mimpi Subuah Impian" adalah berkisarkan perjuangan Prof. Sulaiman memartabatkan bidang Taksonomi serangga yang dipinggirkan.
Buku ini berlatarkan era 90-an yang mengisahkan Prof. Sulaiman seorang professor di universiti awam yang merupakan pakar di dalam bidang taksonomi serangga yang merupakan satu bidang yang dipinggirkan. Taksonomi merupakan bidang sains asas yang di pandang remeh oleh pihak tertentu pada waktu itu, berbanding dengan bidang sains gunaan. Hal ini berlaku kerana bidang taksonomi dikatakan tidak boleh menjana ekonomi.
Prof. Sulaiman mempunyai pelajar yang begitu berminat di dalam bidang taksonomi iaitu mahmud. Beliau kemudiannya menjadi pembimbing kepada Mahmud sewaktu Mahmud menyambung pelajaran diperingkat kedoktoran di dalam bidang taksonomi serangga ini.
Prof. Sulaiman mempunyai impian untuk melihat Malaysia mempunyai Muzium Sejarah Semulajadi kerana pada pandangan beliau, Malaysia memerlukan Muzium seperti itu untuk kepentingan kajian dan pengkelasan di dalam bidang taksonomi serangga pada masa depan. Beliau mengambil contoh negara luar seperti United Kingdom, USA dan negara-negara Eropah yang lain, yang telah mempunyai muzium semulajadi sejak sekian lama dan telah menyimpan pelbagai spesis terutamanya dari Malaysia sendiri, yang menjadi kunjungan pelancong dan pengkaji dari seluruh dunia.
Beliau merasakan keperluan Malaysia untuk mempunyai muzium alam semulajadi adalah kerana banyak Spesimen yang berasal dari Malaysia di simpan di muzium luar negara, terutamanya di United Kingdom.Malaysia telah hilang hak ke atas Spesimen tersebut. Perkara ini pada tanggapan beliau, Malaysia bukan sahaja hilang hak ke atas spesimen tersebut, tetapi juga hilang warisan dah khazanah yang tidak ternilai.
Setelah lebih dari 12 tahun berjuang, akhirnya beliau terpaksa menarik diri kerana tiada sokongan dari pihak-pihak yang terlibat. Beliau dengan berat hati, terpaksa melepaskan spesimen-spesimen kepada badan yang akan diamanahkan sama ada di dalam atau luar negara untuk perlindungan yang utuh demi kepentingan sains pada masa hadapan.
Membaca buku ini, memberi sedikit sebanyak kefahaman di dalam bidang taksonomi serangga dan istilah-istilah tertentu di dalam ilmu taksonomi serangga dan membuka minda berkenaan dengan kepetingan bidang taksonomi ini kepada negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman