Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 5, 2020

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman

Imej
Hikayat Anakronsime adalah sebuah buku yang membincangkan berkenaan dengan sejarah tanah Melayu yang berfokuskan Negeri Johor. Penulis memilih Bustami menjadi watak utama di dalam buku ini. Bustami adalah merupakan pelajar aliran sejarah yang sedang dalam proses menyiapkan tesis beliau. Beliau ingin membuat kelainanan di dalam pengkajian beliau. Beliau memilih Raja Kecil sebagai subjek kajian beliau. Beliau merasakan Raja Kecil perlu diangkat sebagai tokoh di dalam sejarah tanah air. Raja Kecil dikatakan adalah pewaris kepada Sultan Mahmud Shah II ( Sultan Mangkat Dijulang) yang telah di bunuh oleh Laksamana Bentan. Ibu Raja Kecil yang bernama Cik Pong dipercayai telah bernikah dengan Sultan Mahmud Shah II. Selepas kewafatan sultan Mahmud Shah II, Cik Pong telah melarikan diri ke Pagar Ruyung kerana ancaman bendahara yang di angkat menjadi sultan Johor pada waktu itu. Apabila Raja Kecil telah dewasa, beliau datang ke Johor untuk menuntut hak beliau sebagai pewaris ya