Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 16, 2020

Don Kisot oleh Miguel De Cervantes

Imej
Cerita Don Kisot di petik dari novel Don Quixote de la Macha. Buku ini diringkaskan oleh A.S Hornby dan diterjemahkan oleh Mahda Bahaman. Cerita Don Kisot ini, di tulis oleh Cervantes semasa beliau berada di dalam penjara kerana di tuduh menyeleweng wang cukai. Cerita ini menjadi terkenal di Sepanyol pada era 1600-an. Don kisot, mengisahkan cerita sorang lelaki yang bernama Alonso Quijano yang suka membaca buku-buku pengembaraan romantis dan fantasi Kesatria. Kesukaan beliau terhadap buku-buku menyebabkan fikiran dan tindakan beliau dipengaruhi oleh buku-buku tersebut dan beliau percaya, beliau juga adalah merupakan seorang kesatria yang gagah dan mempunyai tugas untuk mengembara dan mencari kegemilangan. Beliau telah menggelarkan diri beliau dengan nama Don Kisot de la Macha. Dengan berpakaian seperti kesatria, beliau telah keluar mengembara bersama dengan kuda beliau yang diberi nama Rozinante berserta sorang pembantu iaitu Sancho. Di dalam pengembaraan ini, beliau mengala

Panglima Awang Oleh Harun Aminurrashid

Imej
Buku ini adalah merupakan novel sejarah yang merupakan kisah Panglima Awang atau lebih dikenali dengan nama Enrique yang dikatakan merupakan orang pertama yang mengelilingi dunia dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Panglima Awang adalah merupakan orang tawanan perang yang telah dijual oleh Alfonso De Albuquarque kepada Fernando De Megalhaes atau Ferdinand Magellan dan juga dikenali dengan nama Fernando. Beliau merupakan seorang ahli pelayaran. Kemudiaannya, nama Panglima Awang telah ditukarkan kepada Enrique oleh Magellan. Panglima Awang dibawa balik oleh Fernando ke Portugal untuk bekerja dengan beliau. Di Portugal, Panglima Awang banyak belajar tentang budaya dan bahasa orang Portugis. Fernando melayan Panglima Awang dengan baik dan tidak menganggap Panglima Awang sebagai hamba tawanan. Ini telah menyebabkan berlaku konflik di antara Fernando dengan pembesar-pembesar Portugis. Ada sesetengah pembesar mendesak Fernando menyerahkan Panglima Awang kepada kerabat De Albuquarq