Don Kisot oleh Miguel De Cervantes



Cerita Don Kisot di petik dari novel Don Quixote de la Macha. Buku ini diringkaskan oleh A.S Hornby dan diterjemahkan oleh Mahda Bahaman. Cerita Don Kisot ini, di tulis oleh Cervantes semasa beliau berada di dalam penjara kerana di tuduh menyeleweng wang cukai. Cerita ini menjadi terkenal di Sepanyol pada era 1600-an.
Don kisot, mengisahkan cerita sorang lelaki yang bernama Alonso Quijano yang suka membaca buku-buku pengembaraan romantis dan fantasi Kesatria. Kesukaan beliau terhadap buku-buku menyebabkan fikiran dan tindakan beliau dipengaruhi oleh buku-buku tersebut dan beliau percaya, beliau juga adalah merupakan seorang kesatria yang gagah dan mempunyai tugas untuk mengembara dan mencari kegemilangan. Beliau telah menggelarkan diri beliau dengan nama Don Kisot de la Macha.
Dengan berpakaian seperti kesatria, beliau telah keluar mengembara bersama dengan kuda beliau yang diberi nama Rozinante berserta sorang pembantu iaitu Sancho. Di dalam pengembaraan ini, beliau mengalami pengalaman-pengalaman yang ajaib, yang beliau ciptakan sendiri berdasarkan kepada buku-buku yang beliau baca.
Walaupun situasi yang beliau temui adalah biasa, tetapi imaginasi beliau menjadikan tempat itu penuh dengan keajaiban dan cabaran sehingga memberikan kesan buruk kepada diri beliau sendiri. Sehingga ada beberapa tindakan beliau yang membahayakan nyawa beliau dan Sancho.
Cerita ini menarik untuk dibaca. Ada unsur-unsur pengajaran dan jenaka yang boleh diperolehi di dalam buku ini. Setiap peristiwa digambarkan dengan jelas dan senang untuk difahami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman