Panglima Awang Oleh Harun Aminurrashid


Buku ini adalah merupakan novel sejarah yang merupakan kisah Panglima Awang atau lebih dikenali dengan nama Enrique yang dikatakan merupakan orang pertama yang mengelilingi dunia dan membuktikan bahawa dunia ini bulat.
Panglima Awang adalah merupakan orang tawanan perang yang telah dijual oleh Alfonso De Albuquarque kepada Fernando De Megalhaes atau Ferdinand Magellan dan juga dikenali dengan nama Fernando. Beliau merupakan seorang ahli pelayaran. Kemudiaannya, nama Panglima Awang telah ditukarkan kepada Enrique oleh Magellan. Panglima Awang dibawa balik oleh Fernando ke Portugal untuk bekerja dengan beliau.
Di Portugal, Panglima Awang banyak belajar tentang budaya dan bahasa orang Portugis. Fernando melayan Panglima Awang dengan baik dan tidak menganggap Panglima Awang sebagai hamba tawanan. Ini telah menyebabkan berlaku konflik di antara Fernando dengan pembesar-pembesar Portugis. Ada sesetengah pembesar mendesak Fernando menyerahkan Panglima Awang kepada kerabat De Albuquarque tetapi desakan itu tidak dilayan oleh Fernando. Kemuncak kepada konflik telah membawa Fernando dan Panglima Awang berhijrah ke Sepanyol.
Di Sepanyol, Fernando telah menukar kerakyatan beliau menjadi warganegara Sepanyol. Di Sepanyol, Fernando mendapat sokong pihak kerajaan untuk menjalankan misi pelayaran meneroka dunia baru. Mereka belayar merentasi Brazil sehingga sampai ke Pulau Cebu. Di pulau Cebu, Fernando telah maut dalam pentempuran ketika membantu raja Cebu menyerang pulau Mactan dan Panglima Awang meneruskan perjalanan ke Melaka menaiki kepal pedagang dari Siam.
Novel ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa penceritaan. Fasa penceritaan permata adalah berkisarkan perjuang Panglima Awang untuk menentang Portugis di Melaka sehingga Beliau menjadi orang tawanan. Fasa pernceritaan kedua adalah tentang pelayaran Panglima Awang dari Melaka ke Portugal ketika menjadi orang tawanan. Fasa penceritaan ketiga pula, berkenaan dengan kehidupan panglima Awang ketika berada di Portugal sehingga berpindah ke Sepanyol dan fasa penceritaan yang keempat adalah mengisahkan pelayaran Panglima Awang dari Sepanyol ke Pulau Cebu dan seterusnya ke Melaka di mana beliau bertemu kembali dengan sahabat-sahabat beliau yang masih hidup dan meneruskan perjuangan menentang penjajahan Portugis.
Intipati novel ini bukan berkisarkan kepada Panglima Awang sahaja, ia juga dimuatkan dengan punca kejatuhan kerajaan Melayu Melaka yang didalangi oleh pengkhianatan pedangang-pedangan luar yang tidak sukakan kepada Sultan dan pembesar-pembesar Melaka.
Portugis yang datang ke Melaka bukan untuk mencari kekayaan semata-mata, tetapi juga untuk menyebarkan agama Kristian.
Di dalam pembacaan, dapat di lihat pihak penjajah cuba menghapuskan identiti sesebuah bangsa dengan meruntuhkan mercu tanda-mercu tanda yang menjadi keagungan kepada sesuatu bangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman