Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 12, 2020

Merentas Gerhana oleh Norhisham Mustaffa

Imej
"Merentas Gerhana" adalah merupakan sebuah novel yang berkisarkan politik tanah air yang memberi fokus kepada DUN Pasak Tembaga. Watak utama di dalan novel ini adalah Junaidi, yang merupakan seorang bekas kakitangan kerajaan dan pemilik kilang bihun di Pasak Tembaga. Junaidi merupakan seorang yang berpandangan jauh dan berprinsip. Junaidi juga adalah merupakan AJK Pemuda untuk parti Pasak Tembaga. Kisah bermula dengan kematian ADUN Pasak Tembaga iaitu Haji Lajiman yang merupakan wakil rakyat untuk parti PARKITA. Setelah kematian Haji Lajiman, telah berlaku konflik di dalam pemilihan calon ADUN yang baru untuk Mewakili parti PARKITA. Calon yang cuba diangkat oleh bahagian tertinggi parti PARKITA,  Kadar Mahbub yang merupakan seorang jutawan tetapi bukan orang Pasak Tembaga. Tetapi percalonan beliau tidak dipersetujui oleh beberapa orang kuat parti PARKITA gugusan Pasak Tembaga kerana perwatakan Kadar Mahbub dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan Calon ADUN. Pihak Pas

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Imej
Sebuah buku yang berkisarkan kepada cita-cita dan matlamat. Sebuah buku tentang perjuangan memertabatkan satu cabang ilmu iaitu Taksonomi yang memberi fokus kepada serangga. "Mimpi Subuah Impian" adalah berkisarkan perjuangan Prof. Sulaiman memartabatkan bidang Taksonomi serangga yang dipinggirkan. Buku ini berlatarkan era 90-an yang mengisahkan Prof. Sulaiman seorang professor di universiti awam yang merupakan pakar di dalam bidang taksonomi serangga yang merupakan satu bidang yang dipinggirkan. Taksonomi merupakan bidang sains asas yang di pandang remeh oleh pihak tertentu pada waktu itu, berbanding dengan bidang sains gunaan. Hal ini berlaku kerana bidang taksonomi dikatakan tidak boleh menjana ekonomi. Prof. Sulaiman mempunyai pelajar yang begitu berminat di dalam bidang taksonomi iaitu mahmud. Beliau kemudiannya menjadi pembimbing kepada Mahmud sewaktu Mahmud menyambung pelajaran diperingkat kedoktoran di dalam bidang taksonomi serangga ini. Prof. Sulaiman mempuny

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Imej
Sebuah buku tentang falsafah di dalam kehidupan. Sebuah buku menceritakan tentang prinsip kehidupan. Sebuah buku yang banyak memberi pengajaran yang bermakna. Sebuah buku yang berkisarkan prinsip-prinsip kehidupan. Mengisahkan Bitar yang merupakan pejuang kemerdekaan dan bekas wakil rakyat pada era 70-an. Bitar mempunyai 4 orang anak iaitu Jasdi yang merupakan seorang guru, Fakrul yang berkhidmat sebagai pembantu takbir, Zaidah yang berkecimpung didalam bidang penulisan dan Zain yang berkerja sebagai tukang gunting. Bitar banyak menerapkan prinsip-prinsip pegangan hidup yang selaras dengan kehendak atau tuntutan agama kepada anak-anak beliau. Apa yang menjadi teras kepada didikan Bitar kepada anak-anaknya adalah prinsip dan tujuan hidup. Walaupun setiap kerjaya anak-anak beliau berbeza, tetapi prinsip dan tujuan hidup adalah sama. Buku ini juga, membincangkan tentang kepincangan di dalam politik dan isu-isu sosial masyarakat yang masih berlaku pada zaman ini.

Kukui oleh Azmah Nordin

Imej
Kukui, adalah merupakan cerita yang berkisarkan masyarakat Murut di sabah yang mengamalkan kepercayaan anamisme. Kukui membawa maksud "Pemujaan Semangat". Buku ini mengisahkan Ripin seorang bekas banduan yang telah pulang ke kampung halamannya. Ripin dipenjarakan selama 10 tahun kerana telah membunuh sahabatnya iaitu Domkol, kerana Ripin merasakan bahawa Domkol telah mengkhiantinya. Sewaktu di dalam penjara, Ripin telah berkenalan dengan Jaiman, yang membawa Ripin kepada Islam. Setelah pulang ke kampungnya, berlaku konflik dengan masyarakat setempat, kerana masyarakat tidak dapat menerima akan kehadiran Ripin terutamanya Solibun dan Longgon. Solibun yang merupakan ayah kepada Domkol. Ripin telah memohon sebidang tanah daripada Gumbaris yang merupakan penghulu untuk membina sebuah Madrasah. Ripin diberikan sebidang tanah di sebelah rumahnya. Akhirnya madrasah itu di bakar oleh Longgon. Buku ini adalah berkisar kepada perjalanan hidup Ripin selepas dia keluar dari