Kukui oleh Azmah Nordin



Kukui, adalah merupakan cerita yang berkisarkan masyarakat Murut di sabah yang mengamalkan kepercayaan anamisme. Kukui membawa maksud "Pemujaan Semangat". Buku ini mengisahkan Ripin seorang bekas banduan yang telah pulang ke kampung halamannya. Ripin dipenjarakan selama 10 tahun kerana telah membunuh sahabatnya iaitu Domkol, kerana Ripin merasakan bahawa Domkol telah mengkhiantinya. Sewaktu di dalam penjara, Ripin telah berkenalan dengan Jaiman, yang membawa Ripin kepada Islam. Setelah pulang ke kampungnya, berlaku konflik dengan masyarakat setempat, kerana masyarakat tidak dapat menerima akan kehadiran Ripin terutamanya Solibun dan Longgon. Solibun yang merupakan ayah kepada Domkol. Ripin telah memohon sebidang tanah daripada Gumbaris yang merupakan penghulu untuk membina sebuah Madrasah. Ripin diberikan sebidang tanah di sebelah rumahnya. Akhirnya madrasah itu di bakar oleh Longgon.
Buku ini adalah berkisar kepada perjalanan hidup Ripin selepas dia keluar dari penjara dan diselitkan dengan kisah percintaan yang tidak kesampaian di antara Ripin dengan Galoh.
Buku ini juga menceritakan tentang kehidupan masyarakat Murut yang memberi fokus kepada adat, tradisi dan kepercayaan masyarakat Murut.
Buku ini diselitkan juga dengan bahasa kaum Murut yang maknanya boleh dirujuk pada bahagian istilah yang telah disediakan.
Membaca buku ini, memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang sistem sosial dan kepercayaan masyarakat Murut terutamanya dari segi kebudayaan dan tradisi masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman