Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 21, 2019

The Promise oleh Eva Schloss & Barbara Powers

Imej
The Promise adalah sebuah buku yang memaparkan kisah kekeluargaan. Kisah yang berlatarbelakang perang dunia kedua di Eropah. Kisah mengenai satu keluarga dari keturunan Yahudi yang menjadi pelarian sewaktu perang dunia kedua. Buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri iaitu Eva Schloss yang membesar di dalam era perang dunia kedua yang pada ketika itu kaum yahudi diburu oleh tentera Nazi Jerman. Eva dan keluarganya terpaksa berpindah dari satu negara ke satu negara. Ayah beliau bernama Erich Geiringer dan ibu beliau bernama Elfriede Markovits. Eva mempunyai seorang abang iaitu Heinz. Beliau dan keluarga berasal dari Austria, apabila perang meletus beliau kemudian berpindah ke Belgium dan seterusnya ke Belanda apabila tentera Nazi Jerman menyerang Belgium.  Beliau dan keluarga kemudiannya ditahan dan dihantar ke kem tahanan Auschwitz-Birkenau. Auschwitz merupakan kem tahanan untuk kaum lelaki dan Birkenau adalah kem tahanan untuk kaum perempuan. Di dalam buku ini

1924: The Year That Made Hitler oleh Peter Ross Range

Imej
Adolf Hitler, nama yang cukup besar di dalam sejarah dunia, nama yang cukup terkenal, nama yang sinomin dengan perang dunia kedua di Eropah. Dari seorang pelukis jalanan menjadi seorang pemimpin tersohor. Buku ini membincangkan tentang bagaimana Hitler boleh diangkat sebagai pemimpin. Buku ini lebih kepada kisah Hitler, perjalanan hidup Hitler untuk menjadi pemimpin Jerman. Buku ini juga menceritakan apa yang berlaku kepada negara Jerman selepas perang dunia pertama, yang memaksa Jerman menandatangi perjanjian Versailles, keadaan negara Jerman pada waktu itu di bawah pemerintahan Weimar Republic. Apa faktor-faktor yang menyebabkan Hitler melancarkan revolusi, sehingga beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga terbitnya buku "Mein Kampf". Di dalam buku ini, sedikit sebanyak kita dapat memahami berkenaan dengan kepimpinan Hitler. Hitler adalah pemimpin yang mempunyai visi. Visi Hitler adalah menyatukan negara Jerman, menerapkan semangat Nasionalisme kepada rak

My prison, My Home Haleh Esfandiari

Imej
Haleh Esfandiari merupakan warga Iran-U.S. Beliau dilahirkan di Iran dan Menetap di U.S. Bapa beliau adalah warganegara Iran, Manakala ibunya adalah warganegara Austria. Beliau berkahwin dengan Shaul Bakhash yang merupakan keturunan yahudi. Beliau bekerja dah bertugas di Woodrow Winston Center bagi program-program di Timur Tengah.  Beliau pernah bekerja di Iran sebelum berpindah ke U.S sebagai "Deputy Secretary General of Women's Organization of Iran (WOI) dan Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Princeton University. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran kerana dikatakan menjadi tali barut kepada U.S.(berumur 67 tahun ketika ditahan pada tahun 2006). Beliau kemudiannya dipenjarakan di "Evin Prison". Buku ini bukan hanya sekadar Autobiografi tentang penulis semata-mata, ia bukan sahaja menceritakan pengalaman penulis semasa ditahan dan dipenjarankan tetapi ia adalah tentang sistem sebuah negara iaitu Iran dari segi sosial dan politik. Diseli