The Promise oleh Eva Schloss & Barbara Powers




The Promise adalah sebuah buku yang memaparkan kisah kekeluargaan. Kisah yang berlatarbelakang perang dunia kedua di Eropah. Kisah mengenai satu keluarga dari keturunan Yahudi yang menjadi pelarian sewaktu perang dunia kedua.

Buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri iaitu Eva Schloss yang membesar di dalam era perang dunia kedua yang pada ketika itu kaum yahudi diburu oleh tentera Nazi Jerman. Eva dan keluarganya terpaksa berpindah dari satu negara ke satu negara. Ayah beliau bernama Erich Geiringer dan ibu beliau bernama Elfriede Markovits. Eva mempunyai seorang abang iaitu Heinz. Beliau dan keluarga berasal dari Austria, apabila perang meletus beliau kemudian berpindah ke Belgium dan seterusnya ke Belanda apabila tentera Nazi Jerman menyerang Belgium.  Beliau dan keluarga kemudiannya ditahan dan dihantar ke kem tahanan Auschwitz-Birkenau. Auschwitz merupakan kem tahanan untuk kaum lelaki dan Birkenau adalah kem tahanan untuk kaum perempuan.

Di dalam buku ini Eva menceritakan bagaimana kaum yahudi dilayan oleh Nazi pada perang dunia ke-2. Kebebasan mereka di sekat di dalam segala bentuk. Mereka dipaksa memakai tanda yang khusus yang menunjukkan mereka adalah dari kaum yahudi.

Eva Schloss adalah merupakan teman rapat kepada keluarga Anne Frank. Ayah Anne iaitu Otto menjadi bapa tiri kepada Eva selapas berakhirnya era perang Dunia.
Buku ini boleh dikatakan inspirasi dari diari yang di tulis oleh Anne Frank.

Apa yang boleh didapati dari pembacaan buku ini adalah tentang ikatan kekeluargaan yang menjadi inspirasi untuk "survive". Bagaimana seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi kepetingan dan keselamatan keluarga. Bagaimana seorang ibu  memainkan peranan dalam membentuk jati diri anak dan kisah seorang abang yang memberi inspirasi kepada adik.

Rating: 4.1/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman