1924: The Year That Made Hitler oleh Peter Ross Range





Adolf Hitler, nama yang cukup besar di dalam sejarah dunia, nama yang cukup terkenal, nama yang sinomin dengan perang dunia kedua di Eropah. Dari seorang pelukis jalanan menjadi seorang pemimpin tersohor.

Buku ini membincangkan tentang bagaimana Hitler boleh diangkat sebagai pemimpin. Buku ini lebih kepada kisah Hitler, perjalanan hidup Hitler untuk menjadi pemimpin Jerman.
Buku ini juga menceritakan apa yang berlaku kepada negara Jerman selepas perang dunia pertama, yang memaksa Jerman menandatangi perjanjian Versailles, keadaan negara Jerman pada waktu itu di bawah pemerintahan Weimar Republic.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan Hitler melancarkan revolusi, sehingga beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga terbitnya buku "Mein Kampf".

Di dalam buku ini, sedikit sebanyak kita dapat memahami berkenaan dengan kepimpinan Hitler.
Hitler adalah pemimpin yang mempunyai visi. Visi Hitler adalah menyatukan negara Jerman, menerapkan semangat Nasionalisme kepada rakyat jerman. Apa yang menjadi pengerak kepada Hitler adalah penderitaan dan kesengsaraan rakyat Jerman, selepas perang dunia pertama dari segi ekonomi dah sosial masyarakat.

Hitler dilihat sebagai seorang yang mampu mempengaruhi orang lain. Beliau mempunyai kebolehan yang cukup baik di dalam "Public Speaking". Beliau boleh menyentuh emosi pendengar dengan ucapan-ucapan beliau.

1924 adalah merupakan tahun di mana Hitler dibebaskan dari penjara. Tahun ini juga, adalah tahun bermulanya perjalanan Hitler untuk menjadi pemimpin Jerman, dan pada tahun 1933, Adolf Hitler menjadi pemimpin tertinggi Jerman dan pemimpin yang membawa Jerman ke kancah peperangan.

Rating: 4.5/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman