My prison, My Home Haleh Esfandiari



Haleh Esfandiari merupakan warga Iran-U.S. Beliau dilahirkan di Iran dan Menetap di U.S. Bapa beliau adalah warganegara Iran, Manakala ibunya adalah warganegara Austria. Beliau berkahwin dengan Shaul Bakhash yang merupakan keturunan yahudi. Beliau bekerja dah bertugas di Woodrow Winston Center bagi program-program di Timur Tengah.  Beliau pernah bekerja di Iran sebelum berpindah ke U.S sebagai "Deputy Secretary General of Women's Organization of Iran (WOI) dan Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Princeton University. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran kerana dikatakan menjadi tali barut kepada U.S.(berumur 67 tahun ketika ditahan pada tahun 2006). Beliau kemudiannya dipenjarakan di "Evin Prison".

Buku ini bukan hanya sekadar Autobiografi tentang penulis semata-mata, ia bukan sahaja menceritakan pengalaman penulis semasa ditahan dan dipenjarankan tetapi ia adalah tentang sistem sebuah negara iaitu Iran dari segi sosial dan politik.

Diselitkan dengan penceritaan tentang pergerakan Pertubuhan Wanita di Iran yang dikenali dengan Women's Organization of Iran (WOI), tentang revolusi di Iran yang membawa kepada tertubuhnya Islamic Republic. Perhubungan Iran dan U.S sebelum dan selepas perang Iran-Iraq, semasa U.S dibawah pemerintahan Geogre Bush (perang Teluk), Clinton, (cuba memulihkan hubungan Iran-U.S, tetapi tiada kesepakatan di dalam beberapa isu) Geogre W. Bush( isu nuklear Iran, anti keganasan, memperjuangkan demokrasi) dan diselitkan dengan konspirasi pembunuhan yang melibatkan Iran Islamic Republic.

Sebuah buku yang bagus untuk dibaca untuk mengetahui serba-sedikit tentang sejarah dan politik Iran. selain dari mendapat gambaran tentang pengalaman penulis sewaktu di dalam tahanan, bagaimana beliau dera dari segi psikologi dan bagaimana penulis menghadapi keadaan tersebut.

RatingL 4.3/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman