Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman






Hikayat Anakronsime adalah sebuah buku yang membincangkan berkenaan dengan sejarah tanah Melayu yang berfokuskan Negeri Johor. Penulis memilih Bustami menjadi watak utama di dalam buku ini. Bustami adalah merupakan pelajar aliran sejarah yang sedang dalam proses menyiapkan tesis beliau. Beliau ingin membuat kelainanan di dalam pengkajian beliau. Beliau memilih Raja Kecil sebagai subjek kajian beliau. Beliau merasakan Raja Kecil perlu diangkat sebagai tokoh di dalam sejarah tanah air.
Raja Kecil dikatakan adalah pewaris kepada Sultan Mahmud Shah II ( Sultan Mangkat Dijulang) yang telah di bunuh oleh Laksamana Bentan. Ibu Raja Kecil yang bernama Cik Pong dipercayai telah bernikah dengan Sultan Mahmud Shah II. Selepas kewafatan sultan Mahmud Shah II, Cik Pong telah melarikan diri ke Pagar Ruyung kerana ancaman bendahara yang di angkat menjadi sultan Johor pada waktu itu. Apabila Raja Kecil telah dewasa, beliau datang ke Johor untuk menuntut hak beliau sebagai pewaris yang asal. Di sini telah berlaku konflik dan peperangan di antara Raja Kecil pemerintah Johor dan keturanan Pemerintah Johor selapas itu iaitu Raja Sulaiman. Raja Sulaiman telah meminta bantuan Lima beradik Raja Bugis untuk membantu beliau memerangi Raja Kecil.Raja Kecil kalah di dalam peperangan itu dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor.


Buku ini menyelitkan fakta-fakta sejarah dan elemen-elemen "Fiction" terutamanya di dalam situasi perang dan penggunaan senjata di dalam peperangan. Buku ini juga menceritakan tentang pengaruh Bugis di tanah Melayu: Johor, Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu. Buku ini juga menyelitkan petikan dari buku Taufat Al-Nafis yang menjadi rujukan kepada Bustami untuk Jmenyiapkan tesis beliau. Bustami cuba membuat kelainan di dalam kajian beliau dengan menggabungkan fakta sejarah dan imaginasi beliau walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Professor beliau.

Membaca buku ini akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang sejarah tanah air dan tokoh sejarah yang cuba diangkat oleh Bustami sebagai watak utama di dalam buku ini. Walaupun kesahihkan tentang tentang susur galur Raja Kecil tidak terjawab, buku ini dapat memberi sedikit sebanyak pemahaman berkenaan dengan Sejarah Tanah air khususnya Negeri Johor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad