Merentas Gerhana oleh Norhisham Mustaffa




"Merentas Gerhana" adalah merupakan sebuah novel yang berkisarkan politik tanah air yang memberi fokus kepada DUN Pasak Tembaga.
Watak utama di dalan novel ini adalah Junaidi, yang merupakan seorang bekas kakitangan kerajaan dan pemilik kilang bihun di Pasak Tembaga. Junaidi merupakan seorang yang berpandangan jauh dan berprinsip. Junaidi juga adalah merupakan AJK Pemuda untuk parti Pasak Tembaga.

Kisah bermula dengan kematian ADUN Pasak Tembaga iaitu Haji Lajiman yang merupakan wakil rakyat untuk parti PARKITA. Setelah kematian Haji Lajiman, telah berlaku konflik di dalam pemilihan calon ADUN yang baru untuk Mewakili parti PARKITA. Calon yang cuba diangkat oleh bahagian tertinggi parti PARKITA,  Kadar Mahbub yang merupakan seorang jutawan tetapi bukan orang Pasak Tembaga. Tetapi percalonan beliau tidak dipersetujui oleh beberapa orang kuat parti PARKITA gugusan Pasak Tembaga kerana perwatakan Kadar Mahbub dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan Calon ADUN.

Pihak Pasak Tembaga mencadangankan 2 nama untuk diketengahkan iaitu Nik Kamaruddin dan Wan Zulaiha. Tetapi cadangan itu ditolak oleh bahagian tertinggi parti, dan pihak Tertingi Parti PARKITA telah melantik Murad sebagai calon pilihan Parti. Beberpa orang kuat di dalam parti tahu bahawa di belakang murad adalah Kadar Mahbub dan Murad hanya dijadikan Boneka sahaja.

Ini menyebabkan mereka membawa haluan baru dan mengetengahkan calon untuk bertanding atas tiket bebas. Calon yang dipilih adalah Junaidi. Ini telah memberi kejutan kepada Parti PARKITA dan juga Parti lawan iaitu parti Ikhwan kerana mereka adalah merupakan ahli PARKITA. Ini telah mengakibatkan  mereka dipecat dari menjadi Ahli PARKITA. Percalonan Junaidi telah mendapat sokongan yang kuat dari penduduk Gugusan Pasak Tembaga kerana perwatakan Junaidi disenangi oleh penduduk Gugusan Pasak Tembaga.

 Ini akan menjadi pertandingan 3 penjuru yang dirasakan rugi untuk 2 parti iaitu Parti PARKITA yang diwakili oleh Murad dan Parti Ikhwan yang diwakili oleh Haji Zubir Masran. Ini telah membawa kepada proses pujuk memujuk supaya Junaidi menarik diri. Pihak PARKITA menawarkan Junaidi jawatan Senator sekiranya dia menarik diri, manakala di pihak Ikhwan pula memujuk Junaidi bertanding di atas tiket parti mereka. Tetapi semuanya ditolak oleh Junaidi kerana prinsip yang dipegangnya. Dalam pada itu, Junaidi juga mendapat sokong secara senyap dari ahli kedua-dua parti yang tidak bersetuju dengan dasar parti. Sokongan terhadap Junaidi telah membawa kemenangan kepada beliau, tetapi beliau tidak sempat meraikan kemenangan itu kerana dua hari sebelum hari membuang undi, beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau berada di dalam koma dan terpaksa dirawat di hospital dan kisah ini terhenti situ.

Apa yang cuba disampaikan di dalam novel ini adalah berkenaan dengan permainan di dalam politik. Lobi-melobi adalah satu perkara biasa dan serangan-serangan peribadi juga merupakan satu medium untuk meraih undi serta perpecahan dikalangan masyarakat berpunca dari perbezaan fahaman politik.

Jalan penceritaan novel ini mudah difahami, setiap plot disusun dengan teratur, setiap peranan yang dimainkan di dalam setiap watak mudah diikuti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman