I Was Kamikaze oleh Ryuji Nagatsuka


Kamikaze membawa maksud "Divine Wind" atau tuhan angin. Nama Kamikaze ini pada asalnya diberikan kepada taufan yang melanda Jepun pada abad ke-13 yang memusnahkan kapal tentera Mongol dan menyelamatkan Jepun dari dijajah.

Sewaktu perang dunia ke-2, taktik perang Kamikaze ini digunakan untuk memusnahkan atau melumpuhkan angkatan laut Amerika Syarikat. Dianggarkan lebih kurang 3,800 orang pejuang Kamikaze terkorban sepanjang perang dunia ke-2 dan lebih dari 7000 tertera laut terbunuh akibat dari serangan ini.

Berlatarbelakangkan pada penghujung perang dunia ke-2, buku "I Was Kamikaze"ini menceritakan tentang kisah penulis iaitu Ryuji Nagatsuka yang merupakan seorang "Cadet Pilot" bagi tentera udara Jepun sewaktu perang dunia ke-2. Beliau merupakan salah seorang juruterbang yang terlibat di dalam serangan Kamikaze ini. Beliau telah ditugaskan untuk menyerang angkatan tentera laut Amerika Syarikat di Perairan Miyagui. Tetapi beliau tidak sempat menjalankan misi beliau kerana terpaksa berpatah balik akibat dari cuaca yang buruk dan sukar untuk mengesan kedudukan tentera laut Amerika Syarikat.

Buku ini adalah merupakan catatan pengalaman Ryuji Nagatsuka ketika beliau berkhidmat di dalam Tentera udara Jepun.

Di dalam buku ini, beliau menceritakan keadaan di Jepun ketika Amerika Syarikat menyerang Jepun. Tentera Jepun pada waktu itu menghadapi kesukaran untuk mempertahankan negara mereka dari serangan tentera Amerika Syarikat. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh pihak Jepun menyebabkan munculnya serangan kamikaze ini yang dikenali sebagai "Suicide Mission".

Membaca buku ini, dapat memberi pemahaman tentang prinsip-prinsip yang di pegang oleh pejuang Kamikaze yang selari dengan semangat samurai dan Bushido yang menjadi pegangan masyarakat Jepun. Buku ini juga dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang keadaan perang di Jepun dari sudut pandangan salah seorang tentera Jepun sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman