Punk, Penentangan Dan Politik Transnasionalisme




Punk yang merupakan satu sub-budaya yang menjadi ikutan anak-anak muda yang inginkan kelainan dari budaya yang dominan. Bermula di New York pada zaman 1970-an  yang pada asalnya adalah lebih kepada muzik bawah tanah yang kemudiannya berkembang menjadi sub-budaya yang tersebar di serata dunia. Punk berkembang apabila ia memasuki Great Britain. Di sini Punk dilihat bukan sekadar muzik dan fesyen sahaja, tetapi telah menjadi satu budaya yang menjadi ikutan dan amalan kepada sesetengah masyarakat.

Di Malaysia, kedua-dua muzik dan fesyen Punk telah mendapat tempat dikalangan anak muda semenjak awal tahun 1980-an.  Ramai yang beranggapan bahawa istilah Punk adalah kependekan bagi “Public United National Kingdom”. Namun, tiada siapa pun dapat mengesahkannya.
Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab yang menerangkan latar belakang sejarah sub-budaya dan idea-idea yang terkandung didalamnya. Konsep dan fahaman di dalam komuniti punk juga dibincangkan di dalam buku ini yang merangkumi anarkisme, Do It Youself(DIY) serta ruang autonomi dan muzik yang mendasari komuniti Punk.

Perbincangan yang seterusnya di dalam buku ini adalah berkenaan dengan perkembangan Punk di Malaysia yang memberi fokus kepada komuniti Rumah Api, di Ampang Kuala Lumpur. Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan latar belakang penubuhan dan perkembangan komuniti Punk dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Rumah Api seperti “Food Not Bombs”, “Really Really Free Market”, “Gig”, bengkel, pameran serta diskusi. Turut dibincang juga adalah berkenaan reaksi Rumah Api terhadap isu-isu tertentu. Seterusnya, buku ini membincangkan tentang perkaitan komuniti Punk di Malaysia dengan Indonesia yang digelar Komunitas Taring Babi.

Membaca buku ini, dapat memberi pemahaman kepada sub-budaya yang berfokus kepada budaya Punk, sejarah Punk dan perkembangan Punk di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman