We are Muslim, Please oleh Zaiba Malik





Sebuah buku tentang konflik. Sebuah buku berkenaan dengan mencari jati diri. 
Buku "We Are Muslim, Please" ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis berketurunan Pakistan, dilahirkan dan dibesarkan di Bradford, England. Beliau bekerja sebagai "journalist" untuk BBC dan Channel 4. Beliau pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh kerana dituduh menjadi mata-mata untuk kerajaan India, ajen kepada Yahudi dan pengkhianat kepada umat islam ketika beliau membuat liputan di Bangladesh.

Di dalam buku ini, beliau menceritakan tentang pengalaman beliau yang dibesarkan di dalam keluarga pendatang yang beragama Islam. Beliau menceritakan bagaimana cara beliau di didik oleh ayah beliau yang
berpegang teguh pada ajaran Islam. 

Beliau juga menceritakan tentang penerimaan masyarakat atau penduduk tempatan terhadap imigrant dan tomahan yang diterima. Beliau juga menceritakan tentang konflik yang berlaku di dalam diri beliau. Konflik untuk memilih " British and Muslim". Ini adalah disebabkan desakan persekitaran. Beliau sentiasa keseorangan ketika disekolah kerana perkauman. Beliau adalah satu-satunya pelajar muslim di sekolah. Hal ini berlarutan sehingga pada satu tahap beliau memilih untuk berdiam diri. Sehingga sampai pada satu tahap beliau telah memilih untuk mengikut desakan persekitaran iaitu menjadi seperti apa yang dikehendaki oleh masyarakat setempat (British) sehingga beliau mengabaikan apa yang telah diterapkan oleh keluarga beliau terutamanya hal-hal agama. Beliau juga menceritakan hal-hal kehidupam beliau sehingga beliau mencari kembali jati diri beliau sebagai muslim.

Beliau juga menceritakan sedikit sebanyak tentang sosial masyarakat. 
Buku ini membawa kita ke era 70-an,80-an 90-an dan awal 2000. Buku ini boleh dikatakan kisah kekeluargaan, keagamaan dan sosial masyarakat yang memberi fokus kepada Asia barat terutamanya Pakistan. Penceritaan lebih kepada "flashback" dimana ia menceritakan tentang susur galur keluarga. Ia juga selitkan dengan elemen sejarah Islam. Buku ini juga ade menyelitkan penceritaan tentang konflik yang dihadapi oleh umat Islam. Di antara konflik yang diceritakan adalah tentang bantahan umat Islam terhadap buku " The Satanic Verses" oleh Salman Rushdie. Buku ini juga menceritakan tentang perubahan dari segi sosial masyarakat mengikut arus pemodenan dimana keagamaan sudah tidak dititikberatkan.

Rating: 4.5/5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman