This Is Paradise, My North Korean Childhood oleh Hyok Kang




Buku ini merupakan sebuah autobiografi yang menceritakan pegalaman zaman kanak-kanak penulis di Onsong,Korea Utara dalam tahun 80-an dan 90-an.
Penulis dilahirkan pada tahun 1986 dan dibesarkan di kawasan yang dipanggil Onsong. Onsong adalah sebuah bandar yang mempunyai 300,000 orang penduduk. Korea Utara pada waktu itu dibawah pimpinan Kim Il-Sung yang kemudiaannya kim Jong-Il. Penulis melarikan diri ke China pada tahun 1998 yang kemudiannya bergerak ke Korea Selatan melalui Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand.

Apa yang penulis ingin sampaikan di dalam buku ini adalah berkenaan dengan kehidupan di Onsong Korea Utara di mana tempat beliau tinggal. Onsong adalah bandar yang terletak di Sempadan China dan Siberia, Russia.
Penulis cuba membawa pembaca kepada kehidupan beliau di sana dengan menceritakan tentang sistem politik, sosial masyarakat dan keadaan ekonomi di Onsong pada ketika itu.
Setiap rakyat Korea Utara perlu taat kepada Pemimpin tertinggi. Apa-apa aktiviti yang ingin dilakukan perlu melibatkan nama pemimpin tertinggi Korea Utara: Kim Il-Song dan Kim Jong-Il.

Penulis juga menceritakan bagaimana layanan kerajaan terhadap rakyat. Media luar disekat dan hanya saluran yang berkaitan dengan kerajaan sahaja dibenarkan.
Penulis juga menceritakan bagaimana layanan terhadap orang kurang upaya yang dianggap sebagai "Sub-human" dan tidak ade fungsi kepada masyarakat. Penulis juga menyebut, rasuah adalah perkara biasa di Korea Utara di dalam semua Bidang.

Penulis juga menceritakan tentang sistem pendidikan di Korea Utara yang mana bermula di "Nusery School" di mana pelajar akan di ajar membaca dan menulis. Kemudianya diikuti empat tahun disekolah rendah dan 6 tahun di sekolah menengah. Selepas itu, setiap pelajar akan berkhidmat di dalam tentera sehingga berumur 30 tahun. Setiap kelas mempunyai 30 ke 35 orang pelajar. Sistem pembelajaran lebih kepada propaganda untuk taat kepada pemimpin tertinggi selain matapelajaran lain.

Seterusnya penulis menceritakan tentang krisis kelaparan yang berlaku di Korea Utara, bagaimana keadaan penduduk pada ketika itu. Di mana ia adalah satu keadaan yang sangat kritikal. Banyak penduduk yang mati kebuluran. Ada yang sanggup jadi kanibal. Boleh dikatakan pada waktu itu penduduk sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan untuk meneruskan kelansungan hidup. Kadar kematian adalah sangat tinggi terutamanya orang-orang tua dan kanak.

Pada bahagian akhir buku penulis menceritakan tentang pengalaman beliau ketika melarikan diri di China dan menjadi pelarian di sana. Kemudiannya beliau menceritakan tentang pengalaman ketika perjalanan ke Korea Selatan melalui Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand yang seterusnya tentang penceritaan beliau ketika berada di Korea Selatan yang mana sangat berbeza dengan apa yang beliau dengar ketika berada di Korea Utara di mana propaganda tentang keburukan Korea Selatan disampaikan.

Buku ini boleh dikatakan sebuah penceritaan tentang "survival", tentang perjalanan kehidupan di dalam mencari kehidupan yang lebih baik.

Rating: 3.6/5.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman