Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Yang Galau, Yang Meracau oleh Fahd Djibran

Imej
Yang Galau, Yang Meracau sebuah buku yang membincangkan tentang falsafah kehidupan. Sebuah Coretan tentang peranan manusia kepada sebuah kehidupan, tentang peranan manusia kepada Tuhan. Buku ini diselitkan dengan imaginasi berdialog dengan "Tuan Setan", mendengar curahan hati "Tuan Setan". Setiap dialog mempunyai maksud yang mendalam tentang peranan manusia, tentang akal fikiran yang dikurniakan kepada manusia.  Sebuah buku yang menarik untuk di baca. Buku yang penuh dengan kritikan terhadap masyarakat pada hari ini. sebuah buku yang penuh dengan maksud tersirat menceritakan tentang pergolakan di dalam diri manusia. Buku ini diselitkan dengan lirik-lirik lagu yang dipilih oleh penulis dan huraian perkaitan lirik-lirik tersebut dengan kehidupan manusia. sebuah buku yang membincangkan tentang maksud sebuah kehidupan, tentang jati diri, kasih sayang, dan peranan manusia kepada tuhan dan kepada diri-sendiri. Membaca buku ini boleh membuatkan kita tersentuh kerana

Mengetuk Pintu Makonaima oleh Alisa Omar

Imej
Mengetuk Pintu Makonaima adalah merupakan sebuah buku Travelog yang menceritakan pengalaman penulis ketika penulis mengembara di negara Suriname, French Guina dan Guyana. Makonaima adalah merupakan semangat atau dewa yang mengikut kepercayaan masyarakat setempat (Amerindian) yang dapat melindungi mereka dari musibah. Buku ini adalah berkisarkan catatan dan pengalaman penulis ketika di dalam perjalanan ke Kaieteur Fall di Guyana melalui Suriname dan French Guiana. Buku ini diselitkan dengan elemen sejarah dan pergolakan politik di negara-negara yang dilawati oleh penulis yang dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah yang mungkin ada di antara kita tidak pernah dengar atau tahu dan Tentang konspirasi politik yang jarang atau tidak didedahkan kepada dunia. Buku ini juga memberikan pemahaman tentang masyarakat dan sistem sosial di negara-negara yang penulis lawati. Buku ini dapat memberi pengalaman kepada pembaca tentang tempat-tempat yang boleh dikatakan ek

The Promise oleh Eva Schloss & Barbara Powers

Imej
The Promise adalah sebuah buku yang memaparkan kisah kekeluargaan. Kisah yang berlatarbelakang perang dunia kedua di Eropah. Kisah mengenai satu keluarga dari keturunan Yahudi yang menjadi pelarian sewaktu perang dunia kedua. Buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri iaitu Eva Schloss yang membesar di dalam era perang dunia kedua yang pada ketika itu kaum yahudi diburu oleh tentera Nazi Jerman. Eva dan keluarganya terpaksa berpindah dari satu negara ke satu negara. Ayah beliau bernama Erich Geiringer dan ibu beliau bernama Elfriede Markovits. Eva mempunyai seorang abang iaitu Heinz. Beliau dan keluarga berasal dari Austria, apabila perang meletus beliau kemudian berpindah ke Belgium dan seterusnya ke Belanda apabila tentera Nazi Jerman menyerang Belgium.  Beliau dan keluarga kemudiannya ditahan dan dihantar ke kem tahanan Auschwitz-Birkenau. Auschwitz merupakan kem tahanan untuk kaum lelaki dan Birkenau adalah kem tahanan untuk kaum perempuan. Di dalam buku ini

1924: The Year That Made Hitler oleh Peter Ross Range

Imej
Adolf Hitler, nama yang cukup besar di dalam sejarah dunia, nama yang cukup terkenal, nama yang sinomin dengan perang dunia kedua di Eropah. Dari seorang pelukis jalanan menjadi seorang pemimpin tersohor. Buku ini membincangkan tentang bagaimana Hitler boleh diangkat sebagai pemimpin. Buku ini lebih kepada kisah Hitler, perjalanan hidup Hitler untuk menjadi pemimpin Jerman. Buku ini juga menceritakan apa yang berlaku kepada negara Jerman selepas perang dunia pertama, yang memaksa Jerman menandatangi perjanjian Versailles, keadaan negara Jerman pada waktu itu di bawah pemerintahan Weimar Republic. Apa faktor-faktor yang menyebabkan Hitler melancarkan revolusi, sehingga beliau ditangkap dan dipenjarakan sehingga terbitnya buku "Mein Kampf". Di dalam buku ini, sedikit sebanyak kita dapat memahami berkenaan dengan kepimpinan Hitler. Hitler adalah pemimpin yang mempunyai visi. Visi Hitler adalah menyatukan negara Jerman, menerapkan semangat Nasionalisme kepada rak

My prison, My Home Haleh Esfandiari

Imej
Haleh Esfandiari merupakan warga Iran-U.S. Beliau dilahirkan di Iran dan Menetap di U.S. Bapa beliau adalah warganegara Iran, Manakala ibunya adalah warganegara Austria. Beliau berkahwin dengan Shaul Bakhash yang merupakan keturunan yahudi. Beliau bekerja dah bertugas di Woodrow Winston Center bagi program-program di Timur Tengah.  Beliau pernah bekerja di Iran sebelum berpindah ke U.S sebagai "Deputy Secretary General of Women's Organization of Iran (WOI) dan Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Princeton University. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran kerana dikatakan menjadi tali barut kepada U.S.(berumur 67 tahun ketika ditahan pada tahun 2006). Beliau kemudiannya dipenjarakan di "Evin Prison". Buku ini bukan hanya sekadar Autobiografi tentang penulis semata-mata, ia bukan sahaja menceritakan pengalaman penulis semasa ditahan dan dipenjarankan tetapi ia adalah tentang sistem sebuah negara iaitu Iran dari segi sosial dan politik. Diseli

Nan-Core oleh Mahokaru Numata

Imej
Nan-Core adalah merupakan sebuah buku yang tentang Ryosuke yang secara tidak sengaja telah menjumpai "Journal"di dalam bilik tidur ayahnya. Paling mengejutkan adalah kandungan "Journal" itu yang merupakan sebuah diari ibu kandung Ryosuke. "Journal" itu menceritakan tentang ibu kandung Ryosuke yang mempunyai keinginan yang pelik, iaitu suka melihat pada kematian yang akan membuatkan ibunya merasa amat teruja. Penceritaan buku ini adalah lebih kepada perhubungan keluarga, percintaan, pembunuhan dan mencari kebenaran.  Maksud bagi Nan-Core di dalam buku ini adalah merupakan keinginan atau idaman untuk mencapai sesuatu.

Science And Islam oleh Ehsan Masood

Imej
Buku ini adalah sebuah buku yang membincangkan tentang sejarah kemajuan umat Islam dari era pemerintahan khalifah sehingga ke era pemerintahan dinasti-dinasti Islam yang lain. Walaupun buku ini agak ringkas penulisannya terhadap sesuatu perkara, tetapi ia dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada kita tentang perkembangan ilmu di dalam tamadun Islam.  Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian selain dari bahagian pengenalan tentang "The Dark Age Myth" iaitu: Bahagian I : The Islamic Quest. Bahagian II: Branches of Learning. Bahagian III : Second Thought. Perkataan "science" di dalam konteks dunia moden adalah membawa maksud "satu pembelajaran atau kajian yang sistematik kepada alam dengan menggunakan kaedah pemerhatian, experimen, pengukuran, dan "Verification".  Perkataan "science" adalah berasal dari perkataan Latin iaitu "scientia" yang bermaksud "to know". Di dalam manuskrip Arab Islam perkataan untuk m

This Is Paradise, My North Korean Childhood oleh Hyok Kang

Imej
Buku ini merupakan sebuah autobiografi yang menceritakan pegalaman zaman kanak-kanak penulis di Onsong,Korea Utara dalam tahun 80-an dan 90-an. Penulis dilahirkan pada tahun 1986 dan dibesarkan di kawasan yang dipanggil Onsong. Onsong adalah sebuah bandar yang mempunyai 300,000 orang penduduk. Korea Utara pada waktu itu dibawah pimpinan Kim Il-Sung yang kemudiaannya kim Jong-Il. Penulis melarikan diri ke China pada tahun 1998 yang kemudiannya bergerak ke Korea Selatan melalui Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand. Apa yang penulis ingin sampaikan di dalam buku ini adalah berkenaan dengan kehidupan di Onsong Korea Utara di mana tempat beliau tinggal. Onsong adalah bandar yang terletak di Sempadan China dan Siberia, Russia. Penulis cuba membawa pembaca kepada kehidupan beliau di sana dengan menceritakan tentang sistem politik, sosial masyarakat dan keadaan ekonomi di Onsong pada ketika itu. Setiap rakyat Korea Utara perlu taat kepada Pemimpin tertinggi. Apa-apa aktiviti yang in

We are Muslim, Please oleh Zaiba Malik

Imej
Sebuah buku tentang konflik. Sebuah buku berkenaan dengan mencari jati diri.  Buku "We Are Muslim, Please" ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis berketurunan Pakistan, dilahirkan dan dibesarkan di Bradford, England. Beliau bekerja sebagai "journalist" untuk BBC dan Channel 4. Beliau pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh kerana dituduh menjadi mata-mata untuk kerajaan India, ajen kepada Yahudi dan pengkhianat kepada umat islam ketika beliau membuat liputan di Bangladesh. Di dalam buku ini, beliau menceritakan tentang pengalaman beliau yang dibesarkan di dalam keluarga pendatang yang beragama Islam. Beliau menceritakan bagaimana cara beliau di didik oleh ayah beliau yang berpegang teguh pada ajaran Islam.  Beliau juga menceritakan tentang penerimaan masyarakat atau penduduk tempatan terhadap imigrant dan tomahan yang diterima. Beliau juga menceritakan tentang konflik yang berlaku di dalam diri beliau. Konflik untuk memilih &

The Man's Search For Meaning oleh Viktor E. Frankl

Imej
Sebuah buku bertemakan psikologi, "Man's search for meaning" adalah merupakan sebuah "masterpiece" dari Viktor Frankl. Membaca buku ini memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang prinsip "logotherapy" yang diperkenalkan oleh Viktor Frankl sendiri. Buku ini juga boleh dikatakan sebuah "memoir" kepada Frankl ketika beliau berada di dalam kem tahanan sewaktu perang dunia ke-2. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, Frankl menceritakan pengalaman ketika berada di dalam kem tahanan. Bagaimana keadaan kem tahanan dan bagaiman keadaan tahanan dari sudut psikologi. Frankl menerangkan keadaan tahanan di dalam kem dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa satu adalah merupakan fasa kejutan iaitu fasa mula-mula tahanan di tahan di kem. Fasa kedua adalah merupakan fasa penyesuaian di dalam kem dan fasa ketiga fasa selepas pembebasan. Di dalam bahagian kedua, Frankl membincangkan berkenaan dengan prinsip "logotherapy". Prinsip

No God But God oleh Reza Aslan

Imej
Buku "No God but God" adalah buku yang membincangkan tentang sejarah dan perkembangan Islam: bermula dari tanah Arab sebelum kedatangan Islam sehingga kepada perkembangan dan masa depan Islam. Buku ini boleh dikatakan membincangkan tentang sejarah dan perkembangan Islam secara menyeluruh yang meliputi politik, ekonomi, sosial dan konflik-konflik yang dihadapi oleh Islam. Buku ini juga menerangkan sejarah dan biodata Nabi Muhammad S.A.W, susur galur Sunni dan Shia, zaman pemerintahan selepas Nabi Muhammad S.A.W, Sufinism, Islam dan Demokrasi, undang-undang Islam dan perkembangan Islam pada masa depan. Bagi pembaca yang ingin mengetahui sejarah Islam secara kronologi, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan. Rating buku: 4.8/5

Rickshaw Reporter oleh George L. Peet

Imej
Buku ini adalah merupakan sebuah biografi/memoir yang ditulis oleh George L. Peet berdasarkan kepada pengalaman beliau sewaktu menjadi "junior reporter" bersama dengan "The Straits Times" di Singapura. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1985, ketika George L. Peet berumur 85 tahun. Pada tahun 1952, beliau telah berpindah ke Australia dan menetap di sana sehingga meninggal dunia.  Buku ini berkisar pengalaman penulis di singapura pada zaman kolonial British. Penulis sampai di Singapura ketika beliau berumur 21 tahun.  Sebelum itu beliau berkerja dengan "Essex County Standard" yang berpangkalan di London. Penulis sampai di Singapura pada tahun 1923, 5 tahun selepas "The Great War" iaitu Perang Dunia Pertama dan 4 tahun selepas "Centenary day" iaitu ulang tahun ke 100 pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles. Buku ini mengandungi 38 "chapter" dan 222 mukasurat. Dalam buku ini, penulis menceritakan peng

The Man Without a Shadow oleh Joyce Carol Oates

Imej
"The Man Without A Shadow" kisah Elihu Hoopes atau Eli yang hilang ingatan akibat Amnesia. Daya Ingatan Eli hanya bertahan selama 70 saat. Eli telah menjadi subjek kajian tentang "neuroscience" kepada Margot Shape seorang "Neurologist". Projek kajian ini dikenali dengan nama "Project E.H".  Buku ini adala berkenaan dengan "self-discovering" tentang Elihu Hoopes. Apa punca beliau hilang ingatan, adakah cara untuk memulihkan kembali ingatan beliau. Selain itu, buku ini juga menyelitkan tentang penceritaan masa lampu Elihu Hoopes sebelum beliau hilang ingatan.  rating: 3.5/5