Rickshaw Reporter oleh George L. Peet



Buku ini adalah merupakan sebuah biografi/memoir yang ditulis oleh George L. Peet berdasarkan kepada pengalaman beliau sewaktu menjadi "junior reporter" bersama dengan "The Straits Times" di Singapura. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1985, ketika George L. Peet berumur 85 tahun. Pada tahun 1952, beliau telah berpindah ke Australia dan menetap di sana sehingga meninggal dunia. 

Buku ini berkisar pengalaman penulis di singapura pada zaman kolonial British. Penulis sampai di Singapura ketika beliau berumur 21 tahun.  Sebelum itu beliau berkerja dengan "Essex County Standard" yang berpangkalan di London. Penulis sampai di Singapura pada tahun 1923, 5 tahun selepas "The Great War" iaitu Perang Dunia Pertama dan 4 tahun selepas "Centenary day" iaitu ulang tahun ke 100 pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles.
Buku ini mengandungi 38 "chapter" dan 222 mukasurat.

Dalam buku ini, penulis menceritakan pengalaman beliau sepanjang berada di Singapura, dan keadaan Singapura pada waktu itu dibawah pemerintahan kolonial British. Dalam buku ini juga diselitkan sedikit element sejarah tentang Singapura dan tentang akhbar dan majalah yang berada di Tanah Melayu dan Singapura pada waktu itu. Buku ini juga memberi gambaran tentang keadaan sosial dan ekonomi masyarakat di Singapura pada waktu itu.
selain itu, buku ini juga menyelitkan elemen asal-usul nama sesebuah tempat atau jalan. 

Berdasarkan kepada pembacaan, buku ini adalah lebih kepada warga kolonial iaitu British, hanya sedikit sahaja diselitkan dengan masyarakat Malayu. Bagi orang yang boleh berbahasa Inggeris, akan diangkat dan yang tidak boleh berbahasa Inggeris akan berada di bawah. Dari buku ini, terdapat sedikit sebanyak kefahaman tentang pandangan masyarakat kolonial terhadap masyarakat setempat. 

Rating: 3.4/5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mimpi Sebuah Impian Oleh Mohamed Salleh Said

Merinci Ufuk Oleh Darma Mohamad

Hikayat Anakronisme Oleh Hasan Baseri Budiman